|
 |
RTM
ditubuhkan bagi membantu kerajaan mencapai matlamat-matlamatnya dalam usaha
kemajuan, kemakmuran dan kebahagiaan rakyat. RTM juga membantu merapat
dan menjalin hubungan dua-hala di antara rakyat dan kerajaan dan sebaliknya.
Menerusi rancangan-rancangannya,
RTM memainkan peranan mengukuhkan perpaduan rakyat melalui penggunaan Bahasa
Kebangsaan. Disamping pendidikan dan hiburan, RTM juga menyebar maklumat
penting kepada semua lapisan masyarakat. |
|