1934 Pulau Pinang telah memulakan siaran Radio melalui Pertubuhan "Penang Wireless Society".  Lesen pertama yang membenarkan siaran radio dikeluarkan pada 24hb Ogos 1934. Rumah Encik Khoo Sian Ewe di Jalan Perak dijadikan stesyen radio dan nama stesyen ini ialah "ZHJ".  Siaran "ZHJ" dipancarkan melalui gelombang pendek 493 meter dari 7.00 malam hingga 10.00 malam tiap-tiap hari dalam Bahasa Inggeris, Cina dan Tamil.