Nicholas

PENGAWAL PENYIARAN RTM LIMBANG

Selamat datang ke laman web LIMBANG FM,

Dengan terbentuknya laman web ini diharap dapat memberi gambaran kepada sesiapa yang melayarinya tentang stesen kawasan yang terletak di utara negeri Sarawak ini.
Stesen RTM Limbang merupakan stesen kawasan yang pertama dibina selepas stesen ibu negeri RTM Kuching.
 Latar belakang sejarah stesen ini, aktiviti dan semua maklumat perihal stesen ini dapat ditatapi melalui laman ini.
Walaupun laman ini baru dan masih dalam pembinaan, saya yakin tidak lama lagi , laman ini akan memaparkan info terkini dan link-link untuk berinteraksi secara ‘online’dengan warga RTM Limbang , khususnya dengan DJ yang bertugas, ( sms, kuiz, permintaan dsb ), mendengar siaran secara ‘live’ dan lain-lain maklum balas pendengar , setanding dengan laman web stesen negeri yang lain di seluruh negara.
Di sini saya merakamkan setinggi tinggi penghargaan dan tahniah atas komitmen seluruh warga kerja yang bertungkus lumus berusaha dalam melengkapkan laman web ini.
Saya harap ini akan memberi motivasi yang berterusan kepada pegawai lain  agar laman web Limbang Fm dilengkapi dan dikemas kinikan dari semasa ke semasa.

Salam hormat

RTM Limbang merupakan stesen kawasan yang pertama selepas RTM Kuching, ditubuhkan di negeri Sarawak. Stesen ini telah dirasmikan oleh Tuan Yang Terutama Gabenor Sarawak, Tun Datu Tuanku Hj Bujang bin Tuanku Hj Othman pada 17 April 1971.

Mendiang Chew Hock Guan ialah Pengawal Penyiaran yang pertama untuk stesen ini, manakala En Tuah Idris sebagai Ketua Bahagian Rancangan yang pertama. Jumlah kakitangan pada masa itu cuma sekitar 25 orang merangkumi Bahagian Rancangan, Kejuruteraan dan Pentadbiran. Siaran tempatan dibahgikan kepada 3 bahasa tempatan iaitu:

Rangkaian Merah

Perkhidmatan Bisaya : 1830-1900 (30 minit)

Perkh Lun Bawang : 1900-1930 (30 minit)

Rangkaian Kuning

Perkidmatan Melayu :1930-2030 (1 Jam)

Frekuensi Siaran :

Rangkaian Merah MW 344 meter/873 Kilohertz

Rangkaian Kuning MW 463 meter/648 Kilohertz

Penyampai pertama ke udara Bisaya (Annie Banchuan); Lun Bawang (Catherine Litad Agong) & Melayu (Zauyah Hj Rejab)

Rancangan pertama diterbitan Perkhidmatan Melayu: 'Masakan'

Penyampai : /DJ pertama 'on air' : Annie Banchuan

Penerbit : Azmi Lamat

pasti dihati