|
SARAWAK FM - 'SEHATI SEJIWA'
Senarai
Rancangan
Segmental
program
0600
- 0900
: Jendela Sarawak (Isnin - Sabtu)
0600 - 0900 : Sayang Sarawak (Setiap
Ahad)
0900 - 1300 : Varianita
1300 - 1700 : Ritma Selekta
1700 - 2100 : Rima Musika
2100 - 2400 : Bersama Sarawak FM
0000 - 0300 : Hello Sarawak FM
0300 - 0600 : Mutiara Subuh
[ Ke Atas]
Laporan PDRM (Polis
Di Raja Malaysia) : Setiap
hari @ 0730 (Isnin hingga Ahad)
1345 (Isnin hingga Khamis)
1640 (Isnin hingga Jumaat)
Laporan
jenayah indeks mengenai ragut, rompak, curi kenderaan, pecah rumah,
dan sebagainya dalam tempoh 24 jam di seluruh kontijen Sarawak.
1.1 Laporan lalu lintas di jalan jalan utama bandaraya Kuching.
1.2 Statistik kemalangan jalan raya yang berlaku selama 24 jam
di seluruh kontijen negeri Sarawak.
Pelapor : Rosli Akip / Eona Leo Ah Lan / Melinda ak Anding
[
Ke Atas]
Laporan Info Trafik
Laporan kesibukan lalu lintas di jalan utama bandaraya Kuching selama
24 jam / 12 jam.
1325 ( Isnin Hingga Khamis )
1640 ( Isnin hingga Jumaat )
Pelapor : Rosli Akip / Eona Leo Ah Lan / Melinda ak Anding )
[
Ke Atas]
Karaoke:
Isnin @ 2215 - 2300 (Penerbit : Zaidi Bujang)
Karaoke 60-an : Rabu @ 2215 - 2300 (Penerbit : Ahmad Drahman/(Mad
Dram))
Karaoke P. Ramlee: Jumaat @ 2215 - 2300 (Penerbit : Abd. Khalid
Suud)
[
Ke Atas]
Jiran Sekampung :
Jumaat @ 1730 - 1800
Berkonsepkan drama dengan suasa kampung. Keadaan muhibbah,
kerjasama, semangat kejiranan dan bersedia menyelesaikan masalah
bersama. Topik semasa menjadi pilihan dengan menggunakan dialek
tempatan. Melibatkan pelakon-pelakon luar.
Mini drama ini menggambarkan suasana dan pergolakan kehidupan harian
penduduk kampung. Isu isu semasa diselitkan dengan persembahan yang
lebih mesra melalui semangat kekeluargaan, permuafakatan dan perpaduan
terutama dalam penyelesaian sesuatu masalah, dengan menggunakan
loghat tempatan.
Pelakon : Mus Utai / Siti Sara Pawi/ Hj Yetni Hj Adenan/ Mary Saripah/
Ismawi/ Wa Meren/ Haji Bujang dan Abdillah Matnor.
(Penerbit
: Abdillah Matnor)
[
Ke Atas]
Bermukun
: Setiap Sabtu @ 2215 - 0000
Menghidupkan salah satu budaya masyarakat Melayu iaitu bergendang
yang menjadi hiburan utama masyarakat Melayu suatu ketika dulu terutamanya
pada majlis-majlis keramaian dan perkahwinan. Dibuat secara 'Live'
dengan mengundang juru gendang ke studio dan berbalas pantun/mukun
dengan pendengar secara interaktif menerusi telefon.
Dalam usaha mewujudkan budaya masyarakat Melayu, Bermukun atau Bergendang
masih menjadi pilihan utama peminat peminat Sarawak FM – Sehati
Sejiwa. Ia wadah hiburan yang menjadi satu kemestian suatu ketika
dulu dalam majlis majlis keraiean dan perkahwinan.
Di buat secara interaktif di mana pendengar boleh phone in dan menjual
atau menjawab pantun secara spontan kepada seh seh gendang.
Dua talian disediakan iaitu 245700 / 245800 menjadi rebutan pada
malam itu, kerana di samping berhibur, pendengar juga ingin sama
sama terlibat dalam bermukun, sekaligus menyerlahkan bakat mereka
dalam mengolah dan mencipta pantun secara spontan.
Berseloka Pantun denagan Abang Dell….
Kaut nasi dengan kelido
Makan entimun dengan tempuyak
Mun ada masa sik gago
Dengarlah Radio Malaysia Sarawak
Ambil
gula apong lali dengan sukun
Campur dengan tepong beras
Puas sudah kamek bermukun
Kalau boleh minta dibalas
Balas….
Ambik mukun diisi beras
Sudah di isik penuh belaka
Pantun kita sudah dibalas
Menghibur hati senda seloka
Balas
balik….
Sudah diisik penbuh belaka…
(Penerbit
: Abdillah Matnor)
[
Ke Atas]
Carta Lagu
Popular
Top
10, lagu-lagu popular sepanjang minggu berdasarkan undian/pilihan
daripada pendengar.
Pendengar
berpeluang memenangi hadiah kuiz sebanyak RM40.00 setiap minggu.
Seandainya tidak dimenangi, maka hadiah akan digandakan dan begitulah
seterusnya. Cara pendengar menyertai kuiz ini dengan menggunakan
pos kad dan menyenaraikan 10 buah lagu pilihan masing-masing.
Penyertaan
akan diisytiharkan pemenang seandainya senarai itu tepat dan sama
seperti keputusan yang disiarkan dalam carta berkenaan. Pendengar
juga berpeluang membuatlagu-lagu pilihan secara'live' menerusi telefon
dengan menetapkan lagu pilihan masing-masing dikedudukan yang baik
dalam carta.
Kuiz
akan dihantar melalui Poskad dengan mengalamatkan kepada:
Penerbit Carta Lagu Lagu Popular
Bahagian Melayu
RTM, Jalan P. Ramlee, 93614, Kuching.
Tel : 082 245700 / 800
(Penerbit
: Khalid Abd. Rahman(KAR))
[
Ke Atas]
Di Laman Ingatan :
Selasa @ 2215 - 2300
Menyiarkan lagu-lagu evergreen/nostalgia yang pernah popular atau
lagu-lagu yang kekal dalam memori pendengar. Pendengar boleh menghubungi
Penerbit/Penyampai secara 'live' pada malam itu juga atau menghantar
melalui faks atau surat. E-mel boleh juga digunakan nanti sekiranya
RTM sudah ada alamat lengkap.
(Penerbit : Jamayah Pawi)
[
Ke Atas]
Rock Klasik
: Ahad @ 1600 -1630
Fokus
kepada remaja yang meminati lagu-lagu rock atau pendengar yang meminati
irama ini.
(Penerbit
: Muzaldi Rabaie)
[
Ke Atas]
Ritma Terkini :
Setiap hari kecuali hari Sabtu
Lagu-lagu
popular terkini dengan sispan info artis dan turut menunaikan lagu-lagu
pilihan pendengar.
Dikendalikan
oleh Juruhebah bertugas pada waktu itu.
[
Ke Atas]
Gema Irama Antarabangsa :
Setiap malam @ 0000 - 0300
Menyiarkan
lagu-lagu dalam pelbagai bahasa. Top 20 lagu-lagu melayu, Top 40
lagu-lagu Inggeris dan Hindustan.
Dikendalikan
oleh Juruhebah bertugas.
[
Ke Atas]
Sukan : Isnin,
Rabu, Khamis, Jumaat, Sabtu dan Ahad @ 2115 - 2130
Melaporkan
aktiviti sukan semasa sama ada dalam negeri, negara dan peringkat
antarabangsa.
Pada
masa sekaran RN menyiarkan semua perlawanan bola sepak Liga Super
secara 'live' bagi perlawanan yang berlangsung di Stadium Sarawak
dengan kerjasama Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS).
(Penerbit
: Abdul Khalid Suut / Zainorin Suut / Zaidi Bujang / Ahmad Drahman
/ Kamarudin Anggun / Rosli Muta / Muzaldi Rabaie)
[
Ke Atas]
Karaoke 60 AN (
Setiap Rabu @ 2215 - 2300 malam )
Rancangan
interaktif yang melibatkan penyertaan pendengar, di mana pendengar
akan memilih sebuah lagu 60an yang kemudiannya dimainkan oleh Juruhebah
di studio secara minus one. Pendengar akan menyanyi mengikut rentak
minus one tersebut menerusi telefon.
Seorang pembantu penerbit/ penyanyi tempatan berada di studio yang
bertindak membantu pemanggil sekiranya suara mereka mulai tenggelam
atau hanyut ( tak ikut rentak) .
Dua talian di gunakan iaitu 082 245700 / 245800 )
(Penerbtit : Ahmad Drahman ) Tel 245700 / 245800
[
Ke Atas]
Meniti Kenangan
(SELASA @ 2205 – 000)
Sebuah rancangan interaktif yang menyiarkan lagu lagu evergreen
/ nostalgia tahun 50an, 60an, 70an dan 80an. Pendengar diberi peluang
untuk phone in meminta lagu yang diminatinya untuk diputarkan, selain
penerbit berusaha untuk mendapatkan bahan di luar menerusi rakaman
.
Tel : 082 245700/800
Pendengar juga boleh mengirim surat kepada:
Penerbit Meniti Kenangan
RTM, Jalan P. Ramelee
93614, Kuching.
(Penerbit : Jamyah Pawi )
[
Ke Atas]
VARIA NITA (ISNIN
- AHAD @ 0900-1200 TGH)
Pengisian setiap segmen ialah:
18.1 Tips Makanan Isnin @ 0930-0935. pagi
Panduan mengenai penjagaan dan penyediaan makanan agar kebersihan
dan kesihatan menjadi perkara penting untuk diambil kira. Bahan
didapati daripada keratan akhbar atau majalah, atau tips daripada
pakar pakar kesihatan dan penyediaan makanan.
Penerbit : Atikah Mahli
18.2
Tips Seni Taman / Landscaping Selasa @ 0930-0935.
pagi
Panduan mencantik dan mengindahkan sekitar laman rumah.
Bahan diperolehi daripada internet/akhbar/majalah dan juga dari
pakar Seni Taman.
Penerbit : Halimah Munir
18.3 Tips Kesihatan Rabu @ 0930-0935 pagi
Panduan penjagaan kesihatan serta tips untuk sentiasa sihat, anggun
dan cerdas.
Bahan diperolehi juga dari internet / majalah/ dan pakar pakar
kesihatan.
Penerbit : Melati Morni.
18.4 DIARI NITA : RABU DAN KHAMIS @ 0930
– 0940 PAGI
Sumbangan stesyen Kawasan ( Sri Aman/Sibu/Miri/Limbang ) mengikut
giliran dengan bahan mengandungi kegiatan semasa Persatuan Persatuan
Wanita (PPWS) dan pertubuhan/ persatuan bukan Kerajaan (NGO)
SABTU : Mingguan setiap Sabtu @ 0930.00 pagi
18.5
ADA APA DENGAN WANITA : RABU @ 1015-1100 PAGI
(2 KALI SEBULAN)
Rancangan interaktif yang membincangkan isu isu semasa serta mencari
penyelesaian terhadap permasalahan wanita dan keluarga.
Moderator dilantik bagi mengendalikan program ini dengan sekurang
kurangnya 2 orang tetamu undangan, sesuai dengan kredibiliti mereka
sebagai individu yang memegang jawatan jawatan utama dan mempunyai
authority untuk membicangkan sesuatu isu.
Talian dibuka untuk pendengar sama sama mencambah idea dan pendapat
mengenai sesuatu topik yg dipilih. Tel : 082 245700/800
Penerbit : Jamyah Pawi
18.6.
LAPORAN BAKAT / PERKEP : ISNIN 1130.00 PAGI.
Sumbangan bahan berupa aktiviti dan kegiatan semasa Badan Kebajikan
Angkatan Tentera (BAKAT) dan Persatuan Kebajikan Keluarga Polis
(PERKEP) atau temuramah dengan personality wanita ATM/PDRM.
Sumbangan dibuat secara bergilir.
Penerbit : Eona Leo Ah Lan / Melinda ak Anding / Hassan Ahmad
/ Zaidi Ahmad
18.7 MYTIPS.COM : ISNIN, SELASA, RABU &
KHAMIS @ 1145.PAGI
Panduan kesihatan, kecantikan, penjagaan diri/rumah, kata kata
pujangga, tips menangani permasalahan harian dan sebagainya yang
berhubungkait dengan tugasan dane peranan wanita.
Sumber bahan dari internet/majalah/ akhbar dll.
Penerbit : Semua juruhebah yang bertugasa pada slot tersebut.
18.8
SOLEHAH : RABU @ 1130.00 PAGI
Menampilkan wanita solehah atau muslimah teladan di zaman kebangkitan
dan kegemilangan islam dulu yang boleh dijadikan sumber inspirasi
dan suri teladan kepada wanita hari ini.
Personaliti agama akan menyampaikan ceramah mengenai hal ini.
Penerbit : Sumbangan Kerjasama dengan pihak HIKMAH (UNIC)
18.9
NITA JAYA : KHAMIS @ 1130.00 – 1145. PAGI
Temuramah dengan personaliti wanita yang berjaya dalam kerjaya
spt dalam bidang pendidikan, ekonomi, social atau bidang keusahawanan
yang boleh menjadi sumber ilham dan inspirasi wanita lain.
Penerbit : Jamyah Pawi/ Naimah Aha/ Melati Morni/ Sy Nazrah/ Halimah
Munir
18.10 INFO SIHAT : JUMAAT @ 1130.00 PAGI
Rancangan interaktif bersama pakar / doctor / pembantu perubatan
dari Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak. Pendengar juga berkesempatan
bertanyakan masalah kesihatan dsbnya melalaui phone in.
18.10
TAMPIL ANGGUN DAN POSITIF : SABTU @ 1030-1040.
PAGI
Rancangan interaktif tentang penjagaan kesihatan dalaman dan luaran
wanita agar lebih tampak anggun dan positif. Panduan panduan wanita
hamil, bagaimana menghadapi tekanan dalam rumahtangga atau tempat
kerja semuanya terangkum sama.
Personaliti yang pakar tentang kesihatan dan kecantikan wanita
dijemput atau ditemuramah.
(Penerbit : Jamyah Pawi)
[
Ke Atas]
Dapur
Bersama Puan Rabiah Amit
(KHAMIS
@
1130-1140)
Rancangan
berbentuk informasi di mana Pn Rabiah akan berkongsi 2 resepi (kek
dan roll) Diselitkan juga tips sebagai panduan membuat kek dan roll.
Rancangan diolah secara interaktif bersama penyampai/penerbit.
Ia
turut dilatari dengan musik rancangan bagi menghidupkan suasana.Bagi
menarik audien mengikuti rancangan ini penyampaian dibuat dengan
pantas namun jelas dan padat, kerana penyampaian yang berjela jela
akan membosankan.
(Penerbit :
Jamyah Pawi)
[
Ke Atas]
Tentera Di Sana-Sini (TDS)
(KHAMIS @
2030-2100 - LIVE)
Rancangan Berbentuk Majalah
Ini Mengetengahkan Penglibatan Pemerintah Teringgi Dan Anggota
Tentera Dari Ketiga-Tiga Cabang Perkhidmatan (TLDM, TUDM Dan TDM)
Segala Aktiviti Yang Melibatkan Pemerintah Dan Anggota Akan
Di Hebahkan Kepada Umum Agar Persepsi Mengenai Ketenteraan Tidak
Hanya Menjurus Kepada Perperangan.
Di
Samping Itu Juga Hebahan Mengenai Sejarah Penubuhan Sesebuah
Pasukan, Kejayaan Setiap Anggota, Kecanggihan Dan Peranan
Peralatan Milik Tentera Serta Pasukan Dan Pelbagai Lagi.
(Penerbit :
Zaidi Ahmad)
[
Ke Atas]
Mesra
DBKU Bersama Masyarakat
(KHAMIS @
1315-1345 - TGH : Setiap 2 minggu sekali)
RANCANGAN BERKONSEPKAN TEMUBUAL BERSAMA PEGAWAI-PEGAWAI DBKU
MENGIKUT BAHAGIAN. PENERANGAN MENGENAI BAHAGIAN / SEKSYEN
DALAM DBKU SERTA PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN OLEH PIHAK
DBKU.
TALIAN TURUT DIBUKA
KEPADA PENDENGAR SEKIRANYA ADA TOPIK YANG MEMERLUKAN
PENDENGAR BERTANYA TENTANG SESUATU KEMUSYKILAN.
(Penerbit :
Abdul Khalid Su'ud)
[
Ke Atas]
Tampil Anggun Dan Positif
(SABTU @
1030)
Pakar kesihatan
seperti doktor, pengamal perubatan tradisional, pengasas
pusat-pusat kecantikan dijemput ke studio atau dirakam untuk
berkongsi tips atau panduan tentang kesihatan, kecantikan dan
penjagaan diri yang berhubungkait dengan ketrampilan wanita.
(Penerbit :
Naimah Aha)
[
Ke Atas]
Nitajaya
(RABU @
1130)
Temuramah dengan
personality wanita yang berjaya dalam kerjaya mereka. Ia
bertujuan untuk memberi motivasi serta ilham kepada wanita
lain agar lebih berdaya saing dan berdaya maju.
(Penerbit :
Naimah Aha)
[ Ke Atas]
Tip Seni Taman
(SELASA @
0945)
Mengetegahkan tip
mengenai mengindahkan halaman rumah sepert hiasan luaran ,
memilih tanaman-tanaman yang sesuai , penjagaan tanaman dan
juga maklumat – maklumat yang boleh dijadikan panduan oleh
pendengar.
(Penerbit :
Halimah Monir)
[ Ke Atas]
Gine Mun
(KHAMIS @
1720 - 1800 LIVE)
Rancangan yang berbentuk interaktif
mengunakan bahasa melayu Sarawak .,Membicangkan isu-isu semasa
dengan tujuan mendapatkan pandangan serta pendapat pendengar
.Pandangan pendangar akan dikupas/diulas oleh personaliti-personaliti
jemputan yang terdiri daripada ahli –ahli akedemik dan
profesioanl .Ini adalah sebagai usaha untuk menyedarkan
masyarakat tentang isu-isu tertentu disamping memberi peluang
kepada mereka menyarakan pandangan mereka dalam sesuatu isu.
Personaliti –personaliti jemputan :
Professor Dr Hj Morni Hj Kamri
Prof. Madya Dr Hj Abg Ahmad Ridzuan Abg Hj Awet
Dr.Shari Abg Rahman
Dr.Shafiee Hj Lugom
(Dan Lain-lain)
(Penerbit :
Zainorin Su'ud)
[ Ke Atas]
Kopi
Panas
(SABTU @
0645 - 0655)
Rancangan
yang berbentuk perbualan membincangkan topik yang panas sepanjang
minggu .Perbualan mengunakan bahasa Melayu Sarawak diantara 2 personaliti
tetap yang dijemput ke studio . Setiap minggu 1 topik akan dipilih
oleh penerbit untuk dibincangkan dengan matlamat untuk menyampaikan
mesej tertentu kepada pendengar dalam usaha mewujudkan masyarakat
yang peka kepada perkembangan semasa.
(Penerbit :
Zainorin Su'ud)
[ Ke Atas]
Menu
Hari Ini
(SABTU @1130(Mingguan))
Rancangan
berbentuk informasi di mana 1 resepi masakan (lauk pauk / pelbagai
masakan nasi )bagi setiap rancangan akan diutarakan. Diselitkan
juga tips sebagai panduan membuat masakan. Rancangan diolah secara
interaktif bersama penyampai/penerbit. Ia turut dilatari dengan
musik rancangan bagi menghidupkan suasana.Bagi menarik audien mengikuti
rancangan ini penyampaian dibuat dengan pantas namun jelas dan padat,
kerana penyampaian yang berjela jela akan membosankan.
Kuiz diakhir rancangan
merupakan satu elemen penting bagi mengajak penonton mengikuti rancangan
hingga ke akhir kerana ada hadiah akan dimenangi. Hadiahnya berupa
hamper barangan produk Pawada sumbangan pihak Penaja.Penyampai rancangan
ini merupakan juruhebah yang dikenali ramai dan berpengalaman dalam
mengendalikan rancangan seumpama ini. Juga berpengalaman dalam mengendalikan
pertandingan pertandingan masakan seperti yang terbaru dianjurkan
iaitu Pertandingan Masakan RTM/Maggi/Shell Tajaan Nestle sempena
Ulangtahun RTM.
(Penerbit :
Jamyah Pawi)
[ Ke Atas]
Destinasi
(SABTU @
1315)
Memfokuskan
sektor pelancongan dalam negeri. Mengetengahkan isu-isu perlancongan
dan menyiarkan berita - berita semasa perlancongan. Memaparkan tempat-
tempat menarik dalam negeri. Menghubung-jalinkan pengetahuan antara
rakyat/kerajaan berdasarkan maklumat perlancongan dari sumber-sumber
tertentu. Menyampaikan mesej perlancongan terutama kepada segenap
lapisan masyarakat. Perantara antara kerajaan dan rakyat.
(Penerbit :
Kamarudin)
[ Ke Atas]
Pengguna
(SABTU @
1315)
Spesifikasi
kepada kepengunaan. mengetengahkan isu-isu kepenggunaan. Bimbingan
Kepenggunaan. Memaparkan hak-hak dan tanggungjawab pengguna. Tribunal
tuntutan pengguna dan menjadikan masyarakat "CERDIK PENGGUNA".
Memaklumkan perihal kepenggunaan kepada segenap lapisan masyarakat.
Perantara antara kerajaan dan rakyat.
(Penerbit :
Kamarudin)
[ Ke Atas]
Istimewa
Bersama Maggie
(RABU
@
1130 - 1200)
Dalam setiap siri,
ia mengetengahkan satu menu masakan dengan ramuan maggie menjadi
fokus. Maklumat turut diselitkan dengan keistimewaan masakan yang
ada hubungkait dengan kesihatan diri. Untuk menarik audien yang
ramai, dicadangkan hadiah dengan mengaju soalan-soalan kuiz setiap
minggu - Tajaan Maggie
(Penerbit : Jamayah
Pawi )
[ Ke Atas]
Jom
Kita Makan
(ISNIN & SELASA
@
1130 - 1140)
Rancangan
ini berbentuk laporan dan temuramah dengan pengurus premis, di mana
Geng Jom Kita Makan (Dua orang DJ) akan bersiaran secara langsung
di premis tersebut, selama lebih kurang 7 hingga 10 minit.
Pengisian bagi siaran
pertama (Isnin) memperkenalkan aneka menu yang dihidangkan, lokasi,
konsep serta persekitaran, layanan terhadap pelanggan dan harga
adalah antara elemen penting untuk di "high light", bagi
memancing pelanggan dan sekaligus mempromosi aneka masakan tempatan
yang memikat selera.
Bagi siaran hari
kedua (Selasa) DJ konti akan menyiarkan resepi yang telah dirakam
bersama chef atau tukang masak di premis yang sama dan hanya bersiaran
secara rakaman di studio.
(Penerbit : Atikah
Mahli )
[ Ke Atas]
Bicara
Wanita
(KHAMIS @
1000)
Rancangan
kerjasama dengan pertubuhan-pertubuhan wanita NGO'S dalam usaha
memberi kesedaran kepada ibubapa akan tanggungjawab mereka membina
institusi keluarga bahagia, sekaligus dapat melahirkan generasi
berkualiti dan berwawasan.Menampilkan tokoh-tokoh korporat / pemimpin
sesebuah pertubuhan atau personaliti dalam bidang kemahiran masing-masing.
Skop perbincangan diperluaskan dengan melayani panggilan dari pendengar
yang ingin memberi komen, berkongsi pendapat atau mengajukan pertanyaan
mengenai isu-isu yang dibangkitkan. Menjana minda dan sebagai sumber
ilmu dan pendidikan. Ruang untuk wanita berbincang, memberi pendapat,
meluahkan permasalahan mereka. Cuba mencari punca dan penyelesaian
terhadap pelbagai masalah sosial yang melanda institusi keluarga
dengan memberi kesedaran kepada suami/isteri akan tanggungjawab
mereka sebagai pemimpin.
(Penerbit : Jamyah
Pawi )
[ Ke Atas]
Rentak
Remaja
(SABTU @
1600 - 1800)
Membincangkan tentang
Isu-isu Remaja, Memupuk Nilai-nilai Murni dan juga Motivasi Diri.
(Penerbit : Juma'atun
Ahmad Ibrahim)
[ Ke Atas]
Suka
Aseng Adup
(Jumaat @
1145)
Ucapan atau ceramah
agama dalam bahasa Bidayuh.
(Penerbit : Nurfaezah
Binti Kipli)
[ Ke Atas]
Sepatah
Kata Sehari
(Hari @
Masa)
Memperkenalkan sehari
sepatah perkataan yang telah dimasukkan ke dalam kamus dewan dan
boleh dipergunakan dalam bahasa penulisan sama ada rencana atau
penulisan kreatif.
(Penerbit : Mohd.
Rosli Hj. Muta)
[ Ke Atas]
Kisah-kisah
Nabi
(Khamis @ 1815-1825)
Mengenai
kisah-kisah Nabi.
(Penerbit : Muliamee
Ahmad )
[ Ke Atas]
Lalau
Pengidup
(Hari @
Masa)
Memberi tumpuan kepada
ceramah agama.
(Penerbit : Muliamee
Ahmad )
[ Ke Atas]
MedikInfo
(Hari @
Masa)
Memberi tumpuan
berkenaan kesihatan.
(Penerbit : Muliamee
Ahmad )
[ Ke Atas]
Suara
Pemimpin
(Hari @
Masa)
Ucapan para pemimpin.
(Penerbit : Muliamee
Ahmad )
[ Ke Atas]
Solehah
(Isnin @ 1230-1235)
Memaparkan kisah-kisah
wanita solehah/muslimah teladan di zaman kegemilangan Islam.
(Penerbit : Nurfaezah
Binti Kifli)
[ Ke Atas]
Bijak
Sayangku
(Sabtu @
1015)
Sebuah rancangan
untuk adik-adik dalam lingkungan usia 3-11 tahun disamping berhibur,
aktiviti-aktiviti semasa yang berlaku di sekolah rendah, turut di
war-warkan, umpamanya: pertandingan/sukaneka/pencapaian individu
murid dalam akademik/pertandingan dan sebagainya.
(Penerbit : Jamyah
Pawi)
[ Ke Atas]
Slot
Personaliti
(Selasa @ ----)
Menampilkan pesronaliti
wanita yang berkerjaya/suri rumah yang berjaya mendidik anak-anak
(anak-anak berjaya dalam bidang akademik/umat berwawasan dan beriman),
berjaya dalam bidang senidan bidang keusahawanan.
(Penerbit : belum
ada)
[ Ke Atas]
Kaunseling
(Rabu @ ----)
Dalam mengharungi
cabaran harian, wanita selaku penyumbang ekonomi Negara, malah juga
berperanan menjadi pemimpin sesuatu organisasi, dalam waktu yang
sama menjadi isteri, ibu dan pemimpin dalam sesebuah rumah tangga,
tanggungjawab yang begitu berat dan mencabar, menuntut wanita sentiasa
cergas dan bersemangat. Sebagai alternatif, rancangan ini diharapkan
menjadi dorongan, sokongan dan suntikan semangat pada mereka.
(Penerbit : belum
ada)
[ Ke Atas]
Bah,
Relek Lok
(Sabtu @ 1015 - 1045)
Rancangan berbentuk
hiburan dengan menggunakan loghat tempatan. Ia sekadar memberi ruang
untuk khayalak pendengar bersantai sambil berhibur seketika sementara
melepaskan lelah dan tekanan kerja rutin.
(Penerbit : belum
ada)
[ Ke Atas]
|